Sunday, 10 June 2012

Kem Kepimpinan Pengawas 2012 - Hari Ketiga

Pada 18 Februari 2012, kem kempimpinan ini berakhir. Walaubagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa perogram yang dijalankan. Program yang pertama bagi hari tersebut ialah seba sedikit taklimat yang diberikan oleh guru kaunselor sekolah, Cikgu Zaini. Slot itu juga dinamakan sebagai aktiviti 'Dari hati ke hati', iaitu satu aktiviti yang amat meyentuhkan. Hai ini demikian dalam slot itu, ramai peserta telah menyarakan serta berkongsi segala yang mereka telah alami selama tiga hari ini. Sesudah itu, ucapan yang diberikan oleh guru penyelaras, Ustaz Hj Che Zainal bin Mamat, dan diikuti penyampaian hadiah kepada semua peserta yang telah memberi komitmen ynag sepenuhnya. Akhir sekali, ucapan daripada Pengetua SMK Sultan Sulaiman, Cikgu Haji Zakaria bin Awang dan sesi ambil gambar menandakan penutup tirai Kem Kepimpinan Pengawas 2012 yang telah diadakan di Marang Village Resort, Kampung Kelulut, Marang, Terengganu.

Cg. Zaini sedang memberi taklimat penghabisan kem.

Cg. Zaini sedang memberi taklimat penghabisan kem.

Cg. Radzali sedang memberi taklimat penghabisan kem.

Cg. Zainal sedang memberli taklimat penghabisan kem.


Pengawas - Pengawas SMK Sultan Sulaiman Tingkatan 1

Pengawas - Pengawas SMK Sultan Sulaiman Tingkatan 2

Pengawas - Pengawas SMK Sultan Sulaiman Tingkatan 3

Pengawas - Pengawas SMK Sultan Sulaiman Tingkatan 4

Pengawas - Pengawas SMK Sultan Sulaiman Tingkatan 5

Pengawas - Pengawas SMK Sultan Sulaiman Tingkatan 6

Kem Kepimpinan Pengawas - Hari Kedua

Pada hari kedua tersebut, iaitu 17 Februari 2012, kem ini sambung berlangsung. Pada pagi tersebut, satu senaman beramai - ramai yang dinamakan sebagai 'Senaman Pagi 1 Malaysia' telah dilaksanakan. Aktiviti ini telah dilaksanakan selama 30 minit, daripada pikul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. Antara acara yang dilakukan dalam aktiviti ini adalah tekan tubi sambil memperagakan gaya kala jengking. Sesudah itu, para peserta dan guru - guru bersama - sama makan pagi.

Para peserta sedang melakukan aktiviti senaman pagi.

Senaman yang dipimpun oleh Ketua Pengawas.

Senaman yang dipimpin Ketua Pengawas dan dibantu oleh Exco Kem.

Peserta sedang melakukan aktiiviti senaman.

Peserta sedang melakukan aktiiviti senaman.  
Selepas makan pagi, para peserta dibenarkan pulang ke bilik masing - masing untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk slot seterusnya. Slot seterusnya merupakan slot yang dikenali sebagai 'Ceramahkan Semua Orang'. Slot ini bertujuan untuk menningkatkan keyakinan para peserta dalam memberi ucapan. Aktiviti ini telah dilakukan dengan berjayanya dan segala ceramah yang dilaksanakan tidak membosankan orang sebaliknya, memberi keseronokan kepada para peserta.Selepas itu, program yang dijalankan ialah program 'Mencari Kerjasama serta Memupuk Semangat Kerjasama Dalam Satu Kumpulan'. Aktiviti ini dilakukan dengan bantuan daripada fasilitator yang dijemput dari luar sekolah. Dalam aktiviti ini, para pseserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan haruslah bekerjasama untuk memikirkan bagaimana semua ahli dalam kumpulan tersebut dapat berdiri bersama - sama dalam sehelai kertas yang kecil. Terbuktinya program ini dapat meningkatan semangatan serta sifat kerjasama dalam kalangan. Sesudah itu, fasilitator yang sama juga telah menjalankan satu aktiviti yang dinamakan sebagai 'Bergurau Senda'. Dalam aktiviti ini, segala aktiviti yang dilakukan yang telah dibuat oleh orang yang berada di depan haruslah mengikut dengan rentak muzik yang telah dimainkan. Selepas itu, minum petang telah dijalankan bagi memberi pelajar melegakan mereka diri sendiri. Pada masa yang sama, 3 orang pengawas telah menyambut hari jadinya yang dilakukan secara mengejut bagi mereka semasa minum petang ini. Selepas itu, pelajar dibenarkan ke pantai untuk bersuka ria diiringi oleh guru - guru. Pada waktu malam pula, aktiviti yang terakhir bagi malam tersebut telah diadakan. Slot tersebut dikenali sebagai 'Pidato Spontan'. Aktiviti ini dijalankan oleh fasilitator sekolah juga dengan menyuruh pelajar yang terpilih dan sukarelawan menberitahu cerita secara spontan. Slot ini dapat menaikkan lagi semangat pelajar dengan lebih kuat lagi dan keyakinan juga. antara tajuk yang pelajar dapat ialah: Bercakap dengan seekor buaya dan Saya sangat comel lagi anggun.

Fasilitator sekolah memberi taklimat tentang slot yang bakal dilaksanakan.


Pembentangan ceramah ynag dilakukan oleh salah sebuah kumpulan.

Peserta lain yang sedang khyusuk mendengarnya.

Pembentangan ceramah ynag dilakukan oleh salah sebuah kumpulan.

Peserta lain yang sedang khyusuk mendengarnya. 
Aktiviti 'Mencari Kerjasama serta Memupuk Semangat Kerjasama Dalam Satu Kumpulan'

Aktiviti 'Mencari Kerjasama serta Memupuk Semangat Kerjasama Dalam Satu Kumpulan'

Aktiviti 'Mencari Kerjasama serta Memupuk Semangat Kerjasama Dalam Satu Kumpulan'

Aktiviti ' Bergurau Senda'

Berkumpul sebelum minum petang.

Cg. Radzali emngucapkan selamat hari jadi kepada tiga orang pelajar yang menyambut hari jadinya.

Tiga orang pelajar yang menyambut hari jadinya.
Para pelajar berehat sambil berborak di tepi pantai

Pelajar - pelajar sedang bermain di tepi pantai.

Aklitivi mini iaitu larian pantai.

Aklitivi mini iaitu larian pantai.

Fasilitator memberi taklimat tentang aktiviti 'Pidato Spontan'

Peserta pertama yang terpilih.

Peserta kedua yang terpilih.

Peserta ketiga yang terpilih

Peserta keempat yang terpilih

Peserta terakhir yang terpilih
 Dengan tamatnya program tersebut, maka habislah kem kepimpinan pengawas untuk hari kedua.

Monday, 28 May 2012

Naik Taraf Laman Blog.

Banyak meminta maaf kerana tidak menaiktarafkan blog ini. Hal ini demikian, ahli jawatankuasa laman blog ini sibuk sedikit. Blog ini akan dinaiktarafkan dengan secepat mungkin. Sekian, harap maklum.

Thursday, 1 March 2012

Kem Kepimpinan Pengawas 2012 - Hari Pertama

Pada 16-18 Februari 2012 yang lepas, Lembaga Pengawas SMKSS telah mengadakan satu Kem Kepimpinan Pengawas SMK Sultan Sulaiman di Marang Village Resort, Kampung Kelulut, Marang. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memupuk dan mendidik para pengawas untuk memimpin pelajar - pelajar dan mencungkil keyakinan diri, sifat seorang pemimpin, dan nilai - nilai murni yang ada pada para pengawas dan seterusnya, memupuk bakat yang ada dalam diri pelajar seperti kebolehan berpidato secara spontan. Sebanyak 109 pengawas yang menyertai kem kepimpinan ini. 




Para pengawas sedang bersiap sedia untuk bertolak ke destinasi.
Pengawas yang menaiki bas pertama



Pada tengah hari tersebut, para pengawas telah tiba di destinasi kem tersebut. Semua Exco Kem Kepimpinan Pengawas SMK Sultan Sulaiman bersama - sama dengan guru - guru pengawas, bersibuk untuk menempatkan semua peserta dalam bilik yang ditetapkan. Sesudah itu, para pengawas bersama - sama dengan guru - guru pengawas berjamu di dewan makan. Pada 2.30 petang, semua pengawas diberi taklimat tentang kem yang diadakan. Pada 2.45 petang, slot pertama telah dilaksanakan. Slot pertama ialah 'Ice Breaking'. Dalam slot ini, para pengawas telah mengenali lebih ramai rakan dan juga perhubungan antara rakan juga telah menjadi lebih erat. 

Para pengawas mengambil bagasi mereka
Para pengawas menunggu di luar bahagian pendaftaran untuk mengambil kunci bilik 
Exco pendaftaran kem kepimpinan sedang membuat prosedur pendaftaran bilik

Para pengawas mengambil makanan untuk dijamu

Guru - guru pengawas telah bersedia untuk mejamu tengah hari

Kem Komanden Kem Kepimpinan Pengawas, Cikgu Radzali, memberi taklimat kem
Para pengawas sedang memberi perhatian tentang talkimat yang diberikan 
Slot pertama yang dikenalikan oleh fasilitator sekolah 
Perserta sedang mengikuti Ice Breaking tersebut

Peserta kem sedang mengikuti salah satu aktiviti Ice Breaking

Sesi soal dan jawab yang dikemukakan oleh fasilitator dan para peserta



Sesudah itu, peserta kem tersebut dibenarkan balik ke bilik masing - masing untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam. Selepas makan malam, peserta kem yang beragama Islam, telah pergi ke surau untuk solat berjemaah manakala peserta kem yang bukan beragama Islam diarahkan untuk pergi ke dewan untuk aktiviti yang telah dirancangkan. Exco bagi slot ini telah merancang aktiviti yang menarik iaitu 'Kenali Saya'. Aktiviti ini dilakukan dengan mata salah seorang peserta ditutup dengan kain dan peserta itu dikehendaki mengenal pasti siapa orang tersebut dengan klu - klu yang diberikan. Selepas solat berjemaah, slot yang terakhir bagi hari pertama iaitu ceramah yang diberi oleh, PK HEM SMK Sultan Sulaiman, Cikgu Arman Abdul Razak. Ceramah beliau ialah tentang cara - cara untuk menjadi seorang pemimpin yang menonjol dan mencungkil bakat tersenditi serta, menaikkan semangat dan keyakinan diri.  




Aktiviti 'Kenali Saya'
Aktiviti 'Kenali Saya'

Aktiviti 'Kenali Saya'
Aktiviti 'Kenali Saya'

Aktiviti 'Kenali Saya'
Pengacara majlis bagi slot ceramah pada hari pertama.

Bacaan doa oleh salah seorang pengacara majlis slot ceramah
Peserta mengikut bacaan doa
Peserta mengikut bacaan doa

Ceramah yang diberikan oleh PK HEM SMKSS



Dengan tamatnya ceramah yang diucapkan oleh PK HEM, tamatlah segala aktiviti bagi hari pertama, 16 Februari 2012 yang dilakukan di Kem Kepimpinan Pengawas 2012 yang diadakan di Marang Village Resort, Kampung Kelulut, Marang.