Thursday, 1 March 2012

Kem Kepimpinan Pengawas 2012 - Hari Pertama

Pada 16-18 Februari 2012 yang lepas, Lembaga Pengawas SMKSS telah mengadakan satu Kem Kepimpinan Pengawas SMK Sultan Sulaiman di Marang Village Resort, Kampung Kelulut, Marang. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memupuk dan mendidik para pengawas untuk memimpin pelajar - pelajar dan mencungkil keyakinan diri, sifat seorang pemimpin, dan nilai - nilai murni yang ada pada para pengawas dan seterusnya, memupuk bakat yang ada dalam diri pelajar seperti kebolehan berpidato secara spontan. Sebanyak 109 pengawas yang menyertai kem kepimpinan ini. 




Para pengawas sedang bersiap sedia untuk bertolak ke destinasi.
Pengawas yang menaiki bas pertama



Pada tengah hari tersebut, para pengawas telah tiba di destinasi kem tersebut. Semua Exco Kem Kepimpinan Pengawas SMK Sultan Sulaiman bersama - sama dengan guru - guru pengawas, bersibuk untuk menempatkan semua peserta dalam bilik yang ditetapkan. Sesudah itu, para pengawas bersama - sama dengan guru - guru pengawas berjamu di dewan makan. Pada 2.30 petang, semua pengawas diberi taklimat tentang kem yang diadakan. Pada 2.45 petang, slot pertama telah dilaksanakan. Slot pertama ialah 'Ice Breaking'. Dalam slot ini, para pengawas telah mengenali lebih ramai rakan dan juga perhubungan antara rakan juga telah menjadi lebih erat. 

Para pengawas mengambil bagasi mereka
Para pengawas menunggu di luar bahagian pendaftaran untuk mengambil kunci bilik 
Exco pendaftaran kem kepimpinan sedang membuat prosedur pendaftaran bilik

Para pengawas mengambil makanan untuk dijamu

Guru - guru pengawas telah bersedia untuk mejamu tengah hari

Kem Komanden Kem Kepimpinan Pengawas, Cikgu Radzali, memberi taklimat kem
Para pengawas sedang memberi perhatian tentang talkimat yang diberikan 
Slot pertama yang dikenalikan oleh fasilitator sekolah 
Perserta sedang mengikuti Ice Breaking tersebut

Peserta kem sedang mengikuti salah satu aktiviti Ice Breaking

Sesi soal dan jawab yang dikemukakan oleh fasilitator dan para peserta



Sesudah itu, peserta kem tersebut dibenarkan balik ke bilik masing - masing untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam. Selepas makan malam, peserta kem yang beragama Islam, telah pergi ke surau untuk solat berjemaah manakala peserta kem yang bukan beragama Islam diarahkan untuk pergi ke dewan untuk aktiviti yang telah dirancangkan. Exco bagi slot ini telah merancang aktiviti yang menarik iaitu 'Kenali Saya'. Aktiviti ini dilakukan dengan mata salah seorang peserta ditutup dengan kain dan peserta itu dikehendaki mengenal pasti siapa orang tersebut dengan klu - klu yang diberikan. Selepas solat berjemaah, slot yang terakhir bagi hari pertama iaitu ceramah yang diberi oleh, PK HEM SMK Sultan Sulaiman, Cikgu Arman Abdul Razak. Ceramah beliau ialah tentang cara - cara untuk menjadi seorang pemimpin yang menonjol dan mencungkil bakat tersenditi serta, menaikkan semangat dan keyakinan diri.  




Aktiviti 'Kenali Saya'
Aktiviti 'Kenali Saya'

Aktiviti 'Kenali Saya'
Aktiviti 'Kenali Saya'

Aktiviti 'Kenali Saya'
Pengacara majlis bagi slot ceramah pada hari pertama.

Bacaan doa oleh salah seorang pengacara majlis slot ceramah
Peserta mengikut bacaan doa
Peserta mengikut bacaan doa

Ceramah yang diberikan oleh PK HEM SMKSS



Dengan tamatnya ceramah yang diucapkan oleh PK HEM, tamatlah segala aktiviti bagi hari pertama, 16 Februari 2012 yang dilakukan di Kem Kepimpinan Pengawas 2012 yang diadakan di Marang Village Resort, Kampung Kelulut, Marang.



Lembaga Pengawas SMK Sultan Sulaiman

Selamat datang ke laman blog Lembaga Pengawas SMK Sultan Sulaiman.